Tuesday, January 11, 2011

Aku Dan Forum


Aku dan forum Cari.com.my yg dah lama aku tinggalkan. Dua tahun agaknya. Rasa rindu pada forum tu membuatkan aku kembali dengan nickname yang baru. Banyak betul kenangan dalam forum tu, berbanding dengan forum2 lain yang pernah aku sertai sebelum ni. Tapi apakan daya, aku tak boleh menggunakan id yg lama. Dah kantoi dah id tu, hahah~!! Tapi xpa la kantoi, aku tak kesah. Cuma aku mohon pada forumer2 
( kalau diaorang regonise me la~!! ), tolong maafkan arwah sahabatku, kerana aku arwah terpaksa menyembunyikan statusnya. :-( ( aku akan ceritakan tentang arwah di entriku akan datang )

Kenapa aku suka berforum? Tak ada sebab tertentu, cuma aku rasa senang membaca post2 orang dalam forum, terutama sekali section problem. Sometimes aku terfikir, betapa dunia ni penuh dengan orang yang bermasalah. Tiadakah tempat yang aman ? ~ ADA!! Syurga (^_^).

Sampai bila aku akan berforum? Entahlah, mungkin sampai aku tak larat menaip atau membaca. Yang pastinya aku akan berforum tanpa perlu takut2 lagi macam dulu ( kejamkah aku yang dulu? ). Maafkan aku, maafkan aku. :-(