Thursday, January 20, 2011

Anak Kecil Itu


Anak kecil itu, 
Aaahh, setiap kali anak kecil itu hadir dalam ingatanku, hadir dalam mimpiku, menghulurkan tangan kearahku. Aku jadi takut. Ya Allah! Apa yang telah diperbuat olehku.  Maafkan aku, tidak pernah sekali pun terlintas dibenakku untuk menyingkirkan kau dari hidupku. Aku terlalu lemah saat itu. Aku terumbang-ambing kerana kegilaanku pada kenikmatan dunia. Memang indah namun penghujung sengsara!

Anak kecil itu,
Kadang-kadang tersenyum padaku, kadang-kadang menangis. Aduh!! Pilu hatiku mendengar tangisannya. Ku pejam mata, ku tutup telinga. Aku tidak sanggup lagi mendengarnya. Dengan sisa-sisa nyawa yang ada, ku bentang sejadah bersujud padaNYA, bertenang dalam keinsafan, memohon sejuta keampunan.

Anak kecil itu,
Anak yang tidak berdosa. Aku yang berdosa. Aku membuangnya tanpa sempat dia melihat dunia. Maafkan mama sayang. Maafkan mama.


~Sekadar coretan Nina Sabrina~

No comments:

Post a Comment